Thursday, February 10, 2011

Revolusi ‘mulut ke mulut’ mampu jatuhkan BN


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 10 Feb: Jika rakyat mengamalkan 'revolusi mulut ke mulut' secara bermaklumat sudah memadai untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurutnya, ianya tidak payah menerusi revolusi Facebook sebagaimana yang menjadi amalan rakyat Mesir untuk menghukum presiden mereka, Hosni Mubarak.

"Kita di sini jika mengamalkan ‘revolusi mulut ke mulut pun’ dah memadai asalkan ia dilaksanakan secara agresif pasti Umno dan BN tumbang lama dah. Tapi masalahnya terutama orang Melayu tidak mahu buka mulut untuk menyedarkan pada orang lain walaupun tahu mereka dizalimi," terang beliau ketika berceramah di Permatang Tinggi 'C' malam tadi.

Revolusi tersebut, katanya walaupun nampak mundur tetapi amat berkesan kerana melalui percakapan ia membawa kepada kepekaan rakyat.

Tambahan pula, ujarnya rakyat sendiri sedang melihat kenaikan harga barangan seharian, kadar tol, petroleum dan sebagainya.

Tugas anggota Pakatan Rakyat, ujarnya ialah menyalurkan maklumat terkini kepada semua ahli dan pendukung supaya ia dibawa ke serata kampung, pinggir pekan, taman perumahan mahupun bandar supaya mereka memahami masalah yang dihadapi negara.

"Kumpulan yang sedar harus menyedarkan kumpulan yang mungkin kesedaran mereka masih jauh. Inilah tugas kita sebagai anggota masyarakat yang aktif menjalankan usaha melalui revolusi mulut ke mulut secara bermaklumat," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya, satu lagi perkara yang harus diketengahkan kepada masyarakat ialah tentang penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang tidak membawa apa-apa keuntungan pada orang Melayu.

Penubuhan Teraju sambungnya, sekadar menonjolkan kebanggaan BN sahaja di saat akhir pilihan raya umum walhal semua orang tahu penubuhannya sekadarmembuka pekung di dada bahawa selama ini Majlis Amanah Rakyat (Mara), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan sebagainya gagal membantu meningkatkan ekonomi orang Melayu.

"Pembubaran Kementerian Usahawan dan Koperasi di era Tun Abdullah Ahmad Badawi pun jelas membuktikan kerajaan tidak serius membantu kaum Bumiputera sedangkan kementerian tersebut merupakan satu kementerian yang ada menteri, timbalan menteri dan setiausaha kementerian," tambahnya.

Teraju kata beliau, hanya ada seorang CEO yang berfungsi mengawal semua yang berkaitan agenda ekonomi untuk orang Melayu yang tentunya kerja itu menjadi bertambah sukar dan mustahil berjaya melakukan pembaharuan ekonomi ataupun politik orang Melayu. Mkini

Wednesday, February 9, 2011

PAS prihatin bantu institusi pendidikan rakyat


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Pelancaran Dana Pendidikan PAS pada 13 Februari ini di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam membuktikan parti itu prihatin terhadap institusi pendidikan rakyat.

Pengarah Program Makan Malam sempena pelancaran dana itu, Dr Azman Ibrahim berkata, penubuhan Dana Pendidikan PAS adalah sebagai suatu komitmen PAS kepada institusi pendidikan khususnya dan masyarakat amnya dalam usaha untuk berganding bahu ke arah merealisasikan objektif yang digariskan.

Menurutnya, walaupun telah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, tetapi urusan pendidikan Islam masih terus menjadi tanggungjawab rakyat.

Tambahnya, tidak ketinggalan juga persoalan kedhaifan prasarana di sekolah agama rakyat (SAR) serta tidak ada pembelaan terhadap sekolah-sekolah pondok.

“Ini termasuk juga kesukaran para pentadbir SAR mentadbir urus perjalanan institusi pendidikan dengan terhadnya sumber kewangan serta penyerahan SAR menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menuntut keprihatinan kita supaya satu langkah diambil untuk menangani isu ini,” ujarnya.

Menurutnya, objektif diwujudkan dana itu adalah untuk membantu pembiayaan para pelajar dalam usaha melahirkan para ulama dan petugas parti, membantu institusi pendidikan rakyat merangkumi keperluan prasarana dan pengurusan di samping memberi bantuan untuk kebajikan guru dan pelajar serta perlaksanaan program-program berorientasikan pendidikan.

Katanya, majlis yang bermula jam 8.30 malam itu akan dihadiri oleh Presiden PAS dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Datuk Dr Haron.

Katanya, majlis dimulakan dengan makan malam diikuti persembahan multimedia, ucapan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Dana Pendidikan dan Pengisytiharan LPA oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Monday, February 7, 2011

SAH Calon PAS tanding DUN Merlimau: Anwar

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Keputusan itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti DAP di sini, sebentar tadi.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS akan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan Pakatan Rakyat bagi DUN Merlimau. -BH

Sunday, February 6, 2011

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS - MASA UNTUK BERUBAH


Gambar Usrah MTD Guar Sanji 3 Feb 2010 di Chantek Bangun

Seperti kebiasaan, Usrah dimulakan dengan bacaan Surah Yasiin




Naqib jemputan YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, EXCO Kerajaan Negeri Kedah

Penyampaian sumbangan oleh Pengarah MTD, Peguam Zulmi Sabri.

Tuesday, January 18, 2011

Undi Proksi - kenyataan Media DPPM

KENYATAAN MEDIA
SISTEM UNDI PROKSI BAKAL MEROSAKKAN SISTEM PILIHANRAYA DI MALAYSIA!
17 Januari ’11 / 12 Safar 1432

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi. Menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, sistem undi proksi ini dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

DPPM merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi ini tidak wajar dilaksanakan. Ini kerana undi proksi mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan. SPR tidak menjelaskan siapakah proksi yang layak dilantik bagi menggantikan pemilih yang tidak dapat hadir pada hari mengundi.


Meskipun sistem ini dilaksanakan dengan kawalan ketat, DPPM merasa sangsi bagaimana pengundi proksi mampu mengundi secara jujur bagi pihak pengundi sebenar. Mereka tidak merasakan sentimen bahawa hak mereka sebagai pengundi perlu ditunaikan dengan penuh amanah kerana mereka hanyalah wakil bagi pihak pengundi sebenar. Justeru mereka boleh mengundi calon lawan secara sesuka hati ataupun merosakkan undi pemilih sebenar yang tidak hadir.

Selain itu, sistem ini boleh mewujudkan rasuah pilihanraya di mana pengundi sebenar boleh diugut atau dipujuk agar memberikan hak mereka kepada proksi. Tidak ada siapa yang boleh memberikan jaminan bahawa pengundi sebenar menyerahkan hak mereka kepada proksi tanpa apa-apa pujukan, tawaran, mahupun ugutan. Jika undi proksi benar-benar diadakan, DPPM berpendapat tidak ada faedahnya diadakan kempen pilihanraya apabila pemilih sebenar tidak turun mengundi, sebaliknya diserahkan kepada pengundi proksi yang tidak tahu latar belakang parti politik mereka.

DPPM mengingatkan kepada SPR agar menjayakan proses pilihanraya yang sedia ada dengan secara lebih telus dan adil. Mencadangkan sistem yang baru dengan tidak memperbaiki sistem yang sedia ada tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di Malaysia.

Pakatan Rakyat telah lama mendesak agar sistem celup jari digunapakai bagi mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali, membersihkan daftar pemilih, serta menghapuskan undi pos. Seharusnya SPR melihat dahulu kepada pelaksanaan sistem undi pos yang sangat dicurigai kerana berlaku ketempangan yang jelas dalam mana-mana pilihanraya.

DPPM juga menegaskan agar SPR tidak masuk campur dalam pertempuran politik antara Pakatan Rakyat dengan BN. Biarlah pilihanraya ke 13 akan datang berlangsung dengan suasana paling tenang dan aman. Janganlah kerana keadaan BN yang sedang nazak, SPR cuba untuk menyambung talian hayat mereka. Rakyat tidak akan sesekali boleh ditipu buat kesekian kalinya.

Disediakan oleh;

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sunday, January 16, 2011

Normala Sudirman calon PAS di Tenang

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku

Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. http://www.pas.org.my/v2/

Thursday, January 13, 2011

Kenyataan Media: Program 100 Hari Pakatan Rakyat

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011

via: http://duniacacamarba.blogspot.com/

Umno ni..dalam dok nazak pun masih sombong !

Cerita rogol masih tergantung. Cerita SUK pula semakin mudah difahami apabila kronologinya mula diperkisahkan. Kemudian menyelit kembali cerita UG apabila pimpinan utama PAS dijemput santap bersama pimpinan utama UMNO di istana. Difahamkan bahawa PAS telah menyatakan pendirian untuk terus bersama PKR dan DAP dalam keluarga PR.


Nun di Jelebu, agak sukar untuk mempercayai Menteri Rais merogol pembantu rumahnya. Manakan mungkin Menteri Rais yang pakar dalam undang-undang dan budaya gagal mengawal kehendak seksnya. Sumber asal cerita ini dikatakan dipetik dari laporan Migrant Care yang berpejabat di Jakarta.

Menteri Rais menafikan cerita ini. Robengah juga menafikannya. PM Pak Lah juga menafikannya. Dan nampak macam kisah ini akan berakhir. Tetapi Migrant Care masih terus mempertahankan laporannya. Robengah sememang telah diperkosa. Robengah tidak mahu kisahnya diperpanjangkan. Robengah takut diC4. Rakyat mula berfikir, mungkin ada benarnya yang Menteri Rais memperkosa Robengah? Cerita semakin panas. Biarlah masa dan keadaan menentukannya.

Di Selangor pula ada pihak cuba melagakan MB Khalid dengan istana. Dalam zaman UMNO, MB mempersembahkan senarai calon SUK untuk diperkenankan sebagai SUK. Dalam zaman PR, KSN yang mempersembahkannya. Tradisi dan kebiasaan atau mungkin juga undang-undang sah yang tidak memihak UMNO tidak akan diguna pakai di negeri yang dikuasai oleh PR. Negeri Perak telah menerima bahana akan pencerobohan undang-undang oleh UMNO.

Kekadang rakyat menjadi keliru. Ingin bersuara, tetapi takut dan bimbang dikatakan derhaka pula kepada istana. Lihat apa yang terjadi pada ADUN Seri Muda. Macam-macam tohmahan diterimanya melalui media UMNO. Rakyat mula berfikir, siapa sebenarnya derhaka kepada istana? PR atau UMNO.

Sebagai penyokong PR, marilah kita melihat dan meyakini bahawa segala tindak tanduk yang dilakukan oleh UMNO adalah usaha-usaha akhir mereka meminta nyawa daripada rakyat untuk terus berkuasa selepas PRU13. Sayangnya UMNO terlalu kasar. UMNO telah hilang pertimbangan berpandukan mata hati. UMNO meminta agar nyawanya dilanjutkan dengan nada yang kasar.

( Dango Mamamat) via albanjari online v2

Tuesday, January 11, 2011

'Pentingkan perbelanjaan rakyat bukan kroni': Ust Idris Ahmad

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak semata-mata menjaga kepentingan kroni BN dan meluluskan peruntukan kewangan kepada mereka tetapi pada masa yang sama mengabaikan kepentingan rakyat umum.

pas muktamar 130610 idris ahmadSehubungan itu, menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, beliau hairan dengan kenyataan Najib yang mendakwa program 100 hari Pakatan Rakyat akan menyaksikan generasi akan datang merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

“Soalnya, apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat di samping menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga.

“Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi?

Salahkan beri imbuhan?

“Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

azlanMenurut Idris, Najib gusar dengan tindakan Pakatan Rakyat itu dan cuba menimbulkan keraguan tentang kemampuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan.

Di bawah perancangan program 100 hari itu, Pakatan Rakyat antara lain akan memberikan imbuhan tambahan RM500 kepada para guru dan membekalkan subsidi lebih banyak untuk minyak dan gas memasak serta menstrukturkan sistem tol.

“PAS mengucap terima kasih kepada Najib kerana baru sedar tentang hal ini, kalau hendak belanja ukurlah kemampuan dahulu,” katanya sinis.

azlanBeliau juga mempersoalkan adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadangkan pembinaan Menara Warisan 100 tingkat.

Katanya, wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu membekalkan biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang. Wang itu juga mampu menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir.

Idris juga mempersoalkan tindakan kerajaan persekutuan yang hanya memperuntukan RM178 juta untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta rakyat di tiga negeri atau hanya kira-kira 3.6 peratus daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Pelik dan hairan

azlan“Apakah peruntukan untuk PERMATA yang dikendalikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta?” soalnya lagi.

PAS, katanya merasa hairan dengan kenyataan seorang perdana menteri yang mendakwa ekonomi Malaysia akan terjerumus ke kancah penghancuran seperti Greece jika mengikut perancangan Pakatan.

Menurut Idris, BN menggunakan hujah yang sama ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990 dan memperlekehkan parti Islam itu dengan dakwaan mereka hanya mampu memerintah selama tiga bulan sahaja.

khalid ibrahim selangor waterDakwaan BN-Umno itu, katanya hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidak cekapan dan salah urus.

Begitu juga, tambahnya ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin Umno mendakwa perbelanjaan itu satu bentuk pembaziran.

“Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengudi dalam setiap pilihan raya,” katanya.

NONEPakatan sebelum ini berkata dengan menangani hanya dua masalah - rasuah dan ketirisan serta memotong subsidi kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) - Pakatan akan mampu menjimatkan negara RM51 bilion.

Justeru, menurut Idris, - Najib tidak perlu ragu dengan sumber yang bakal diperolehi untuk meneruskan program 100 hari berkenaan.

Semua membazir

“Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion.

“Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama kendalian Datin Seri Rosmah selama tiga hari yang (menelan perbelanjaan) hampir RM4.5 juta,” katanya.

NONEIdris berkata walaupun sumber terhad, namun PAS berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan Rakyat mampu dilaksanakan. Ini berdasarkan pengalamanya di Kelantan yang mementingkan kebajikan rakyat.

“Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat,” katannya.

Progress Pembinaan Markaz Tarbiyah Al-Mahmudiyah

Monday, January 10, 2011

Perjuangan Islam bukan hak PAS


Ismail Hashim
Harakahdaily

SHAH ALAM, 10 Jan: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan ucapan salam kepada mereka yang masih menolak perjuangan Islam tetapi pada sama memohon ke hadrat Allah SWT bagi mencapai maksud mereka.

Mursyidul Am PAS berkata, perjuangan Islam bukan hak PAS, ulamak atau Nabi Muhammad tetapi milik Allah SWT sepenuhnya, kerana itu umat Islam tidak boleh tidak wajib mengambilnya sebagai jalan perjuangan siasah mereka.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan, jika di dalam kehidupan seharian mereka dan dalam medan politik menolak perjuangan Islam, bagaimana mungkin Allah SWT akan menerima permohonan mereka.

"Inilah mesej perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad sepanjang 23 tahun kehidupan baginda di Makkah dan Madinah bagi mengajar dan mendidik umat Islam pada zaman awal hingga kini dalam semua perkara termasuk politik.

"Jika Islam ini hanya untuk melakukan ibadat solat, puasa, zakat dan haji sehaja memadailah Nabi Muhammad hidup atau berjuang dalam beberapa tahun sahaja tetapi perjuangan baginda memakan masa selama 23 tahun.

"Justeru, saya mengharapkan umat Islam agar kembali mengambil jalan Islam dan berpegang teguh dengan perjuangan Islam untuk mendapat anugerah Allah di dunia mahupun di akhirat kelak," tambahnya lagi.

Tuan Guru membuat penegasan itu di hadapan lebih 30 ribu rakyat yang berhimpun di dalam program Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini, malam tadi.

Turut berucap dalam majlis itu adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dimulakan dengan ucapan aluan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selaku pengarah program.

Sebelum itu, selepas solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena dengan diimamkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Senator Dr Husin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga exco kanan negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir.

Sementara itu, kehadiran Tuan Guru Mursyidul Am disambut dengan laungan Allahu Akbar dan tepukan bergemuruh dari puluhan hadirin atas kesanggupannya memandangkan keadaan kesihatan terkini beliau mutakhir.

Sekali lagi, semua hadirin memberikan penghormatan kepada beliau kerana sanggup berucap sambil berdiri walaupun pengurusan majlis sedia memberikan peluang kepadanya berucap sambil duduk.

"Berceramah ini serupa menyampaikan khutbah Jumaat dan kerana itu, mesti mengambil pendekatan berkhutbah yang disyaratkan berdiri," tegasnya seterusnya memulakan ucapannya mengisahkan tentang setiap orang mesti melalui kematian.

Mengulas kondisi berharga itu, Ustaz Idris mengingatkan hadirin tentang kewajaran pertingkatkan tahap perjuangan ke aras lebih maksima dalam kalangan ahli berusia muda kerana paling kurang, merasai 'segan' dengan kesanggupan perjuangan Tuan Guru.

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS - MASA UNTUK BERUBAH

19 Feb 2010 - Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Solat Hajat & Pidato Perdana 9 Januari 2011

PAS Tetap Setia Dengan Pakatan

TVSelangor

SHAH ALAM 10 JAN : Pemimpin tertinggi PAS semalam memberi jaminan akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

Jaminan ini dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian di Majilis Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh Pimpinan PAS Pusat untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN. Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. PR satu Pakatan yang makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS Pusat ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan Negeri.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pelbagai pemimpin dari kedua parti ini.

Dalam ucapan beliau, Nik Aziz menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen Barisan Nasional.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz .

Barang Naik, Ahmad Maslan Gelabah





Ustaz Idris Ahmad
www.pas.org.my

Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.

Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai.

PAS ingin menyeru Datuk Ahmad Maslan memahami apa kuasa negeri dan pendapatan negeri berbanding dengan pendapatan yang dimiliki oleh kerajaan pusat. Pendapatan keraan negeri tidak banyak, cuma daripada hasil cukai tanah, perhutanan, air, cukai pintu sahaja. Dengan kekangan kewangan dan pendapatan ini pun kemampuan negeri Pakatan Rakyat mampu mentadbir, tanpa terencat untuk kebaikan rakyat, contohnya negeri Kelantan walaupun sudah 20 tahun kita mampu mengurus dengan baik. PAS menyeru rakyat bangkit menolak pemimpin BN dan berilah mandat baru kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir urus dengan baik, kerana terbukti dan teruji.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Sunday, January 9, 2011

Gambar Usrah UPU 6 Jan 2010

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasiin.

Naqib jemputan, Ustaz Dr Osman Ali.

Ahli JK & pimpinan peringkat cawangan & UPU yang hadir.


Penyampaian sijil PAS ahli baru.


Ustaz Nasir selaku Pengerusi Majlis

Penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan.

Ucapan penutup oleh Sdr Zulmi Sabri, Pengarah MTD.

Gambar-gambar sekitar majlis usrah peringkat UPU Behor Mentalon pada 6 Jan yang lalu bertempat di Markaz Cawangan Pida Semut Gatal.

Tuesday, January 4, 2011

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS - MASA UNTUK BERUBAH

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KENYATAAN MEDIA
4 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(01/11)

TAJUK :HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS - MASA UNTUK BERUBAH

Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.

Himpunan 15 ribu pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut.

Kini, 4 tahun telah berlalu dan satu himpunan telah dirancang dengan jangkaan peserta sekali ganda lebih besar dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Kali ini sasarannya lebih luas dan umum dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli-ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS dari seluruh pelusuk kawasan di dalam negara, sasaran 30,000 pemuda boleh direalisasikan. Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.

Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

TAJUK - HARGA MINYAK NAIK : RAKYAT DIDAHULUKAN? Kenyataan Media DPPP

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(02/11)

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat

Yang di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz





http://www.pas.org.my
Ditulis oleh Rizal Tahir

KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.(gambar)

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Jangan kaitkan istana dengan politik

Sementara itu dalam sidang medianya, Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara.

Pada masa yang sama juga beliau turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian berhubung pertemuannya dengan Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini.

Ini kerana, katanya pertemuan itu hanyalah jemputan untuk majlis santapan malam bersama baginda sahaja.

Menurutnya, sebarang kenyataan tidak tepat itu perlu dihentikan segera demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

“Jangan sekali-kali mengaitkan istana dalam pertemuan baru-baru ini,”ujarnya ketika membaca kenyataan media sebentar tadi di JKR 10.

Hadir sama pada sidang media itu, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong, Datuk Mustapha Ali.

Menurutnya lagi, sewaktu beliau menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa titah dari Yang Dipertuan Agong.

“Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama pemimpin termasuk Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, iaitu istana baginda di Kuala Lumpur.

“Atas dasar menghormati dan menjunjung titah tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut,”ujarnya lagi.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pula berkata tidak timbul soal perbincangan kerajaan perpaduan atau sebagainya dalam pertemuan itu.

Menjawab soalan media beliau seterusnya berkata, majlis itu adalah undangan Yang Dipertuan Agong, tidak timbul langsung soal perbincangan dengan pemimpin Umno.

“Majlis tu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?,”soalnya.

Kenyataan itu dibuat bagi menjawab pelbagai spekulasi ekoran pertemuan pemimpin tertinggi dua parti iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan dua pemimpin Umno iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu.

Kenyataan Media

Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.

Monday, January 3, 2011

Kompleks PAS Perlis

Gambar terkini Kompleks PAS Perlis yang diambil pada 1.1.11 lalu. Bangunan ini sedang berada pada fasa terakhir pembinaannya dan dijangka siap tidak lama lagi. Untuk makluman awal, majlis perasmian dijadualkan pada 18 hingga 20 Mac akan datang.

sumber: http://peghelihla.blogspot.com/