| |
Ustaz Idris Ahmad www.pas.org.my |
|
Pemimpin Umno masih rungsing memikirkan mengenai janji Pakatan Rakyat 100 hari yang semakin diterima oleh rakyat apabila diberikan mandat untuk memerintah negara. Kenyataan Datuk Ahmad Maslan di Dewan Serbaguna Felda Chempelak Barat Tenang telah menyelar tindakan pembangkang yang selalu menghentam kerajaan berhubung kenaikan harga barang sebaliknya mencabar pembangkang menurunkan harga barang di negeri yang dikuasai mereka.
Pimpinan pakatan Rakyat boleh menurunkan harga barang dengan syarat segala hak yang dipungut di negeri Pakatan Rakyat oleh kerajaan pusat seperti saman ekor, saman Jabatan Pengangkutan Jalanraya, cukai kastam, imigresen, cukai stem, tol, cukai jalan, cukai perkhidmatan 6 % di restoran, cukai kad kredit RM50 diserahkan kepada negeri Pakatan Rakyat. Insyaallah negeri Pakatan Rakyat mampu memberikan kesenangan kepada rakyat, sebagaimana yang telah dibuktikan sekarang ini melalui air percuma , skim kifalah dan sebagainya walaupun hasil negeri tidak seberapa berbanding dengan pendapatan kerajaan pusat. Kenyataan beliau ini tidak lebih daripada hendak melindungi rasa bersalah kerajaan yang ada gagal menguruskan rakyat dengan baik walaupun hasil negara melimpah ruah sehingga kehidupan rakyat semakin tertekan. Rakyat bawahan sudah mula merungut dengan kenaikan harga barang. Kuasa membeli di kalangan rakyat semakin rendah seperti komen Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd., Alsetdek Al Haj Ali, mengenai kuasa beli di kalangan rakyat semakin merosot di tengah-tengah kejatuhan dolar Amerika Syarikat.Tambah Alsetdek lagi, kerana penurunan kuasa beli itu menjadi petunjuk kepada ketidakseimbangan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran dalam sebuah negara. Jadi, mengapa kita perlu gembira apabila kejatuhan nilai mata wang, walhal nilai ringgit semakin tidak dirasai. |
No comments:
Post a Comment